Saturday 5 December 2015

Filled Under:

"Saya Terkilan Dengan Diri Saya Sendiri, Arwah Tak Sempat Nak Berkahwin Dengan Wanita Pilihan Saya"


"Saya Terkilan Dengan Diri Saya Sendiri, Arwah Tak Sempat Nak Berkahwin Dengan Wanita Pilihan Saya"

[#]SHAH ALAM: Rancangan khas Juara Parodi bagi mengenang pelawak Allahyarham Yus (Jambu) atau Yussry Edoo, 39, yang meninggal dunia pada 30 November lalu penuh emosi dan air mata...

[#]Rakan-rakan pelawak dan artis berkongsi pengalaman manis yang masih kuat dalam ingatan mereka sambil diiringi nyanyian daripada peserta Juara Parodi...

[#]Rakan baiknya, pelawak Tauke atau  Zamatul Amri Zakaria, 39, mengakui minggu terakhir tema barang kenangan adalah merupakan salah satu tanda yang paling dekat sebelum pemergiannya...

[#]Tauke berkata, penyanyi Misha Omar yang juga merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Yus sebelum ini menerima sebuah bingkai gambar yang seolah-olah menggambarkan pemergian Allahyarham...

[#]"Saya duduk di belakang pentas sejak awal tadi kerana tidak mahu orang lihat saya menangis. Kalau kawan-kawan perasan sepatutnya minggu ini tema Juara Parodi adalah minggu kenangan.

[#]"Ketika Misha Omar terambil barang kenangan yang juga prop berupa sebuah bingkai gambar," ujarnya.

[#]Dalam pada itu, Tauke berkata, perkara yang masih ralat tidak sempat ditunaikan ialah melihat Allahyarham berkahwin.

[#]"Apa yang saya tidak sempat lakukan adalan untuk kahwinkan dia. Saya pernah memperkenalkan seorang wanita kepadanya, namun belum ada jodoh," ujarnya.

[#]Dalam pada itu, pelawak Azlee Senario dan Lan Pet Pet menganggap pertemuan semula mereka selepas sama-sama pernah menyertai pertandingan realiti program realiti Sinaran Paspot Kegemilangan pada tahun 2001.

[#]"Kami kenal ketika sama-sama dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen dan kami sangat rapat, namun selepas itu kami terpisah.

[#]"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengannya dalam sebuah program dan Allah temukan kami dalam program Juara Parodi walaupun hanya tiga minggu sahaja kami bersama," ujar Azlee.

[#]Sementara itu, pelawak Lan Pet Pet berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan seorang sabahat yang banyak mendengar masalah dan menghabiskan masa bersama di kampung halaman mereka di Perlis.

[#]Dalam pada itu, pelawak Ajak Shiro menyifatkan arwah sahabat yang sentiasa merendah diri. Katanya, Allahyarham Yus juga sering bertanya khabar dan menciumnya dari belakang.

[#]"Dia sering cium saya di pipi dan leher dari belakang semata-mata nak kenakan janggutnya di leher dan pipi saya.

[#]"Mula-mula memang saya mengelak kerana geli, tapi minggu lalu saya sengaja toleh tempat lain supaya dia cium saya dan tidak sangka itu kali terakhir," ujarnya.

[#]Pelakon Sabri Yunus turut mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham.

[#]Katanya, Allahyarham terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu  mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas.

[#]"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.

[#]"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian," ujarnya.

[#]Penerbit Eksekutif Vision Works yang juga juri tetap program berkenaan Afdlin Shauki berkata, kumpulan Kobis Pedas belum lagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menarik diri dalam pertandingan tersebut.

[#]"Tauke dan Misha Omar masih belum membuat keputusan untuk teruskan atau tarik diri dari program ini.

[#]"Kami tidak menghalang apa juga keputusan mereka kerana saya faham mereka sukar untuk meneruskan kerana terlalu banyak kenangan dengan arwah," ujarnya.

[#]Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi pada 30 November lalu.

[#]Jenazah  dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

[#]Juara Parodi turut dibintangi Zero, Mawi, Shuib, Mark Adam, Sam Bunkface,  Zoey, Shuk, Zahid, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Tomok, Rahim, Ajak, Datuk Hattan, Waris, Abam, Fad Bocey, Firman,  Azlee Senario, Lan Pet Pet, Black dan Achey.

[#]Program Juara Parodi bersiaran setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran132) dan Mustika HD (Saluran 134).

[#]sumber: Mstar