Friday 11 December 2015

Filled Under:

Resepi Puding Roti Yang Ter Sangatlah Ohsemm


=)Bahan bahan yang anda perlu sediakan:-

(+)6 keping roti Gardenia (potong cube)
(+)2 cawan susu segar
(+)1/2 cawan gula kaster
(+)1 sudu besar mentega
(+)1/4 sudu kecil garam
(+)2-3 biji telur (pukul ringan)
(+)1 sudu kecil esen vanilla
(+)Sedikit kismis
(+)Sedikit serbuk kayu manis

=)Cara cara untuk membuatnya:-

(+)Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

(+)Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.

(+)Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.

(+)Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi    dengan air panas untuk membakar secara steam bath.

(+)Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam.

(+)Sedia untuk dihidangkan.