Wednesday 9 December 2015

Filled Under:

Resepi Nasi Ayam Terbaik Baqhang


Bahan-bahan yang di perlukan ialah :-



  • Nasi:-



  1. - 2 cup beras basuh dan toskan
  2. - 2 cup air
  3. - 2 cup chicken stock
  4. - halia **ambil dari chicken stock
  5. - bawang putih
  6. - 1 sudu besar butter
  7. - daun pandan




  • Sup / Chicken stock:-



  1. - 1/2 ekor ayam
  2. - 1 inci halia hiris kasar dan ketuk sedikit
  3. - 1 kiub ayam
  4. - 1/2 sudu besar perencah sup
  5. - daun sup dan daun bawang
  6. - 4 ulas bawang putih di ketuk




  • Bahan Perap:-



  1. - 1/2 sudu besar sos tiram
  2. - 1/2 sudu besar kicap manis
  3. - 3 ulas bawang putih diketuk




  • Sos Cili:-



  1. - 1 Batang cili merah dicincang halus
  2. - beberapa batang cili api dicincang halus **ikut kepedasan yang anda mahukan
  3. - sedikit halia **ambil dari chicken stock. dicincang halus
  4. - 2 ulas bawang putih dicincang halus
  5. - 3 sudu besar sos cili
  6. - sedikit air
  7. - sedikit perahan jus limau
  8. - sedikit serbuk kunyit ni letak dalam nasi. nak bagi kaler cantik sikit




  • Cara-cara untuk membuatnya ialah:-



  1. - Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
  2. - Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
  3. - Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam. Perap sekejap pun ok je.
  4. - Yang selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. Suaikan rasa anda.
  5. - Siap.
  6. - Untuk nasi pula. Panaskan butter dalam periuk nasi.
  7. - Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
  8. - Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
  9. - Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam. Sikit sahaja sebab chicken stock dah masin. Kalau tak nak letak pun takpe sebab nanti sup tu dah pun masin.
  10. - Tanak nasi macam biasa.
  11. - Sementara tunggu nasi masak. Siapkan pula sos cili.
  12. - Korang boleh blend semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
  13. - kalau  takde blender maka cincang lah ia sehalus yang mungkin.
  14. - Masak bersama sos cili dan air. Adjust kepekatan ikut suka korang. Tapi jangan terlalu pekat.
  15. - Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun ok je.
  16. - Untuk ayam goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Agak dah hitam sikit boleh la angkat. Hati-hati jangan sampai hangus pulak.
  17. - Siap. Sajikan dengan sedikit salad dan tomato.