Wednesday 2 December 2015

Filled Under:

RESEPI MUDAH KUIH SIPUT


RESEPI MUDAH KUIH SIPUT

Bahan-bahan KUIH SIPUT:

  • [+]>1kg tepung gandum 
  • [+]>1 cawan marjerin - dicairkan 
  • [+]>10 tangkai cili kering 
  • [+]>2 pelepah daun kari - dimayang halus 
  • [+]>daun sup dan bawang - dimayang halus 
  • [+]>2 sudu besar jintan manis - dikisar bersama cili - Lagi banyak lagi sedap 
  • [+]>1 biji telur ayam 
  • [+]>1 cawan air 
  • [+]>2 sudu kecil garam - dilarut dalam air 
  • [+]>minyak untuk menggoreng 


Cara KUIH SIPUT:

  • [+]>1. Tepung gandum dan marjerin cair digaul rata dengan menggunakan tangan hingga menjadi serbuk dan diketepikan. 
  • [+]>2. Cili kering dikisar bersama jintan manis, 
  • [+]>3. Cili kering yang telah dikisar dan daun sup dan bawang yang telah mayang halus dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata. 
  • [+]>4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. Ikut masin sendiri ye.
  • [+]>5. Doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan.


Jangan lupa share resepi mudah kuih siput.