Wednesday 9 December 2015

Filled Under:

Resepi Khao Niaw Ma Muang (Pulut Mangga)


korang mesti pernah makan pulut mangga ni ataupun pernah tengok member makan pulut mangga. kat sini saya kongsi resepi pulut mangga. simple jee

Bahan-bahannya ialah:-


  1. 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam selama 2 jam
  2. 1 1/2 cawan santan
  3. 1/4 sudu kecil garam
  4. 1 sudu kecil tepung jagung
  5. 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  6. 3 sudu makan gula pasir
  7. mangga yg masak ranum secukupnya



Cara-caranya ialah:-

*Panaskan pengukus terlebih dahulu,
*kukus beras pulut hingga setengah masak,
*masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam.
*letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.


Untuk kuahnya:- 

*baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.

*sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.

P/S selamat mencuba!