Monday 7 December 2015

Filled Under:

RESEPI KEK COKLAT KUKUS PALING SEDAP


RESEPI KEK COKLAT KUKUS PALING SEDAP
=======================================

@)Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

  • [[+]].1 cawan serbuk koko
  • [[+]].1 cawan gula pasir
  • [[+]].1 cawan susu cair
  • [[+]].1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • [[+]].1/2 cawan susu pekat manis
  • [[+]].1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • [[+]].1 sudu baking powder
  • [[+]].1 sudu soda bikarbonat
  • [[+]].4 biji telur
  • [[+]].1 sudu esen vanilla

@)Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:


  • [[+]].Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.


  • [[+]].Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.


  • [[+]].Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.


  • [[+]].Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.


  • [[+]].Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.


  • [[+]].Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.


  • [[+]].Kukus kek selama 1 jam.


  • [[+]].Kukus kek selama 1 jam.


@)Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:


  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega



  • + Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.



  • + Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.


ATAU

  • [[+]].500 gram coklat masakan
  • [[+]].220 ml susu cair


( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )