Monday 21 December 2015

Filled Under:

RESEPI CREAM PUFF YANG LEMBUT, GEBU DAN SEDAP



Bahan-bahan untuk buat puff

( untuk menghasilkan 35 biji )

(^)125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
(^)100 gm butter
(^)250 ml air
(^)1 sudu teh gula
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tapi kalau saiz kecil jadikan 4 biji tau)

Bahan-bahan untuk buat filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sebelum puffnya)

(^)2 sudu besar tepung gandum[*]
(^)2 sudu besar tepung jagung[*]
(^)8 sudu besar gula[*]
(^)2 cup susu segar (240ml X2)
(^)2 biji telur (L size)
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)2 sudu besar mentega
(^)secubit pewarna kuning

Cara-cara untuk buat filling

1.(^)Masukkan bahan bertanda [*] ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2.(^)Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. (^)Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. (^)sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.


Cara-cara untuk buat puff

1. (^)Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. (^)Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung .campurkan sampai sebati.

3. (^)Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4. (^)Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

5. (^)Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan buka oven sebelum tamat tempoh tau.kalau tak memang puff turun melepet

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling