Monday 14 December 2015

Filled Under:

Resepi Cekodok Pisang


Bahan-bahannya ialah:-

(1)3 biji pisang saiz besar (guna pisang cavendish pun boleh juga)
(2)1/2 cawan tepung beras
(3)1/4 cawan tepung gandum
(4)1 sudu teh soda bikarbonat
(5)Secubit garam
(6)1 sudu besar gula

Cara-caranya adalah:-

1) Lenyekkan pisang.
2) Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
3) Biarkan selama 30 minit.
4) Panaskan minyak.
5) Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.
6) Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
7) Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang