Wednesday 9 December 2015

Filled Under:

Resepi Cakoi Homemade



  • .Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cakoi : 


## 400 tepung gandum
## 1 cawan air
## 1 sudu besar Buttercup/marjerin
## 1 sudu kecil garam
## 3 sudu besar gula pasir
## 1 sudu besar susu pekat@susu tepung
## 1 biji kuning telur
## 2 sudu kecil yis kering
## 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


  •  .Cara-cara bagaimana membuat cakoi homemade : 


 Bancuh gula dan yis dengan air.

 Satukan bahan kecuali minyak masak.

 Uli sehingga menjadi doh.

P/S JIKA DOH MASIH LEMBIK TAMBAH-TAMBAH SIKIT TEPUNG GANDUM SEHINGGA MEMBENTUK DOH.

 Uli sehingga tidak melekat di mangkuk atau tangan.itu bermakna doh anda cukup adunan nya.cukup tepung nya.jika masih melekat tambah sikit-sikit tepung.

 Rehatkan doh selama 40 minit.


  •  .Cara-cara bagaimana penyediaan cakoi homemade : 


 Ambil dalam segengam doh.

 Canai doh memanjang berbentuk 4 segi memanjang.tabur tepung di permukaan tempat mencanai
doh tersebut bagi elak melekat di tempat di canai.

 Potong doh lebih kurang 1.5 inci.

 Ambil lidi dan celup dalam air dan dan tekan lidi tersebut atas adunan yg di potong tadi.

 Ambil potongan yg lain juga telah di tekan dengan lidi yg bersalut air dan lekatkan kedua dua belah.

 Panaskan minyak utk mengoreng.

 Bila minyak dah panas.ambil doh cakoi tadi

 Sebelum di masukkan ke dalam kuali.tarik doh agar memanjang dan terus di goreng dengan api perlahan.

 Buat sehingga habis adunan.