Sunday 13 December 2015

Filled Under:

Petua Untuk Nampak "BABYFACE" Gitteewww



{+}Makan makanan bernutrisi

<.>Apakah makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi..

{+}Minum air mencukupi

<.>Jangan di biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air..

{+}Elakkan sinaran matahari berlebihan

<.>Satu perkara yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik..

{+}Lakukan perkara yang korang gemari

<.>Ikhlaskan lah diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu...

{+}Berfikiran positif

<.>Korang harus perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..


P/S Bagus kan tips kat atas tu. tak payah beli products yang mahal mahal lagi dah. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya. ok good luck.



Sumber:Puan Norrita Abdullah