Friday 4 December 2015

Filled Under:

Petua Dan Cara Menghilangkan Bau Badan Yang Sangat Teruk!


Petua Dan Cara Menghilangkan Bau Badan Yang Sangat Teruk!

[#]Bau badan yang kurang menyenangkan akan mengundang rasa kurang selesa kepada orang lain. Bukan sahaja pada diri sendiri, malahan pada orang lain yang berkekatan dengan kita sendiri.

[#]Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

[#]Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

[#]Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Walaupun melimpah produk di luar sana, mari kita cuba cara tradisional ini :

Berikut ialah petua menghilangkan bau badan dengan bergitu mudah :

[+]Petua 1

[#]Potongkan limau kasturi
Selepas potong, buangkan bijinya
Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya
Amalkan selalu

[+]Petua 2

[#]Gunakan daun sirih.
Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif
Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.</p>
Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.

[#]Biarkan ia menyejuk dengan sendiri.
Bila sudah sejuk minum air rendaman.
Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.
Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit gula.

[+]Petua 3

[#]Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan.
Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil.
Semasa mandi, gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan.
Setelah itu barulah dibilas bersih

[+]Petua 4

[#]Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga cengkih.
Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.
Biarkan sehingga kembang.
Kemudian minum air rendaman tersebut.

[#]Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau.

Selamat mencuba! Wallahualam.