Sunday 13 December 2015

Filled Under:

Kuih Keria By Azie Kitchen


#Bahan bahannya ialah:-

[+]Ubi keledek - rebus & tumbuk
[+]Tepung gandum secukupnya

#Cara caranya adalah:-

[+]Satukan ubi yang ditumbuk dengan tepung gandum sehingga adunan boleh dibentuk. Jika masih lembik dan susah untuk dibulatkan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit.

[+]Ambil adunan sebesar bola ping pong. Bulat bulatkan dan kemudian dileperkan. Kemudian buat lubang di tengah tengahnya.

[+]Goreng dengan api perlahan sehingga keperangan. Boleh angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira dengan air gula.


#Sira Kuih Keria:-

[+]3 sudu besar gula
[+]2 sudu besar air
[+]Secubit tepung gandum - opsyenal

#Cara-Caranya ialah:-

[+]Panaskan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.

[+]Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.

[+]Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Sumber:- Azie Kitchen