Sunday 13 December 2015

Filled Under:

KEK BATIK NESTUM THORBAEKK


BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

1) 300gm coklat compound
2) 400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni barulah sedap )
3) 1/2 cawan coco powder
4) 3 sudu besar gula pasir
5) 1 tin susu cair
6) 1 sudu besar butter ( guna sudu makan )
7) 3 x 1/2 cawan nestum

CARA-CARANYA IALAH:-

1) Biskut marie dipatah 2
2) satukan coklat compound, coco powder, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati
3) kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair
4) masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu
5) kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata
6) tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum  digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7) tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong

NOTA PENTING:-

guna loyang empat segi  8 x 8 "

lepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.

untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu  asyik melekat jer