Monday 7 December 2015

Filled Under:

Kasihnya ibu ayah dan saudara membawa ke syurga....Inspirasi Tutorial : Resepi Biskut Dam


Inspirasi Tutorial : Resepi Biskut Dam

Bahan Doh Vanila :

  • #>500 g tepung gandum - diayak
  • #>50 g tepung kastard diayak
  • #>50 g susu tepung @ creamer
  • #>380 g butter
  • #>150 g gula aising
  • #>1 biji kuning telur
  • #>2 tsp esen vanila


Bahan Doh Coklat :

  • #>480 g tepung gandum - diayak
  • #>50 g susu tepung @ creamer
  • #>30 g serbuk koko - diayak
  • #>380 g butter
  • #>100 g gula aising 
  • #>1 biji kuning telur
  • #>1 tsp esen vanila


Cara membuatnya :

Doh Vanila : 

  • #>Pukul butter dan gula hingga kembang dan nampak creamy.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaulkan rata. 
  • Masukkan tepung yang diayak tadi beserta creamer, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.


Doh Coklat : 

  • #>Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
  • Masukkan tepung yang diayak, serbuk koko dan creamer, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.


Cara - caranya :

Ambik doh Vanila :

  • #>Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
  • Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. 
  • Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.


Ambik doh Coklat :

  • #>Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
  • Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. 
  • Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.


Cara membuat Dam :


  • #>Selepas 1 jam lebih, keluarkan kedua2 doh tadi iaitu doh vanila dan doh coklat, susun kepingan doh tadi berselang seli antara doh vanila dan doh coklat, boleh lihat gambar.



  • #>Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1 cm dan tandakan sebanyak 10 keping ( stripes ) kemudian potong hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.



  • #>Susun bertindih berselang warna menjadi batang dan balut dengan kertas minyak @ plastik. 



  • #>Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras sedikit. lebih kurang 1 jam.
  • Keluarkan dari petisejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm, potong hingga habis.
  • Susun dalam loyang yang telah disapukan majerin dan bakar selama 25 minit dengan suhu 140 c. Bergantung pada oven, kalau jenis tak panas sangat boleh guna suhu 160 c sebab setiap oven agak berlainankan.



  • #>Jangan dibakar terlalu lama sehingga doh vanila menjadi warna seaakan keperangan kerana tidak mendapat hasil contras antara warna vanila dan coklat.