Sunday 13 December 2015

Filled Under:

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'


Resepi : Kak Shuhaini Shuhairi

FB Sumber : Haida Rifqi FB

Bahan :-


  • 400 gm coklat kompound - potong kasar 
  • 150 gm mentega 
  • 100 gm gula perang 
  • 100 gm gula kastor 
  • 4 biji telur 
  • 1 sdk perasa vanila 
  • 100 gm tepung naik sendiri* 
  • 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak


Cara-caranya:-

1) Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.

2) Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.

3) Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.

4) Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.

5) Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.

6) Tuang dalam loyang dan ratakan.

7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

8) Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.

9) Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-

1- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
2- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
3- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
4- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.