Monday 14 December 2015

Filled Under:

6 Tips Mengurangkan Stress Dan Masalah



1) Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

[+]Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.



2) Mengurangkan Stress dengan Tidur.

[+]Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)


3) Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


[+]Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.



4) Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

[+]Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering—both of which are good for battling stress.



[+]Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.



5) Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

[+]Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?



6) Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

[+]Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.




Nota :-

Tidak semua stress itu buruk.

Mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.