Tuesday 24 November 2015

Filled Under:

Resepi Laksam Kesukaan Ramai(12 gulung)


Resepi Laksam Kesukaan Ramai(12 gulung)

Bahan buat laksam

  • [+]3 cawan tepung beras
  • [+]1/2 cawan tpg gandum
  • [+]sedikit garam
  • [+]4 3/4 cawan air suam
  • [+]3 sudu besar minyak masak


Campur semua bahan-bahan diatas sehingga sebati, ketepikan sebentar

  • [+]* panaskan periuk kukusan, sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  • [+]* masukkan bancuhan tepung tadi dalam loyang atau tudung periuk, jangan tebal jangan nipis, agak-agak sahaja, kalau admin guna 3 senduk setiap adunan, kukus dalam 5 minit..
  • [+]* angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dengan air paip supaya sejuk.
  • [+]* guna hujung sudu atau benda yang boleh cungkil laksam ini keluar dari loyang, terus gulung dari loyang tersebut hingga habis.
  • [+]* kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..


Kuah laksam 6 orang makan

  • [+]3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jangan buang, digunakan tuk kuah nanti
  • [+]2 biji bawang sederhana besar
  • [+]2 ulas bawang putih..
  • sedikit je halia
  • [+]1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • [+]1/2 periuk santan pekat (agak2 6 orang makan + tambahan)
  • [+]garam , gula
  • [+]2 keping asam gelugur



  • [+]* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  • [+]* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  • [+]* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  • [+]* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  • [+]* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dalam laksam

Dihiris halus :

  • [+]ulaman
  • [+]kacang panjang
  • [+]timun
  • [+]tauge
  • [+]kobis


Sambal laksam :

  • [+]Semuanya kisar/tumbuk halus
  • [+]sambal lada
  • [+]sedikit belacan
  • [+]lada merah
  • [+]cili api merah
  • [+]garam sikit


Jangan lupa Share ye.