Monday 9 November 2015

Filled Under:

Resepi Donut Lembut & Gebu

Resepi Donut Lembut & Gebu


Resepi Donut Lembut & Gebu


Bahan-bahan Donut Lembut & Gebu


[+]..500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
[+]..210ml air suam
[+]..2 sudu marjerin
[+]..1 sudu teh garam
[+]..3 susu tepung (tukar 3 sudu susu pekat manis)
[+]..3 sudu besar gula (guna 1 1/2 sudu ajer)
[+]..1 bungkus mauripan (11gm)
[+]..sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakan Donut Lembut & Gebu

[1] Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
[2] Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
[3] Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
[4] Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
[5] Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
[6] 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
[7] Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Silakan Share

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama 
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda).

Selamat mencuba. <3